Khairul Fahmi Che Mat telah muncul di muka hadapan majalah URTV yang terbaru. Majalah ini turut menampilkan Khairul Fahmi atau Apek seperti model dalam pelbagai gaya dan beliau kelihatan segak. Antara yang menarik ialah pengakuan Khairul Fahmi tentang kekasih barunya yang merupakan seorang model (Dalia le tuu), serta Fahmi juga menyatakan yang selebriti kegemaran beliau ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.

Walaupun diselubungi kontroversi, rezeki Apek sebagai pemain bolasepak kebangsaan semakin murah apabila menerima habuan sejumlah RM 30,000 atas kejayaan membantu Harimau Muda menewaskan Indonesia bagi meraih pingat emas Sukan SEA 2011 dan bakal mendapat kunci rumah banglo yang dihadiahkan oleh kerajaan negeri Kelantan kepadanya tidak lama lagi. Apek khabarnya mahu metelakkan nama kedua ibu bapanya sebagai pemilik rumah tersebut yang dianugerahkan atas sumbangannya kepada pasukan bola sepak Kelantan selama ini. Untuk lebih berita, jangan lupa dapatkan URTV keluaran terbaru ini.
P/S: Rindu zaman abang rambut ketak (Nas Terjah) sebagai kolumnis muzik rock kapak di URTV sekitar 90′an.
***
Dengan tema 'Gerak Seirama Tari Berpadu', orang ramai dijemput memeriahkan Pesta Joget 1 Malaysia akan diadakan pada 16 Disember 2011 (Jumaat ) bermula 8.30 malam bertempat di Dataran Dewan Tun Ali, Bukit Katil (Bersebelahan Rumah Melaka). Jumpa Anda Di Sana!
Baca Yang Ini Pulak:-
Tags: cover URTV, khairul fahmi che mat, muka depan URTV, URTV
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara.com tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini. Pihak BeautifulNara jugak tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.