Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search |
| <b>Khairul Fahmi Che Mat</b> & Leuniey Nikah 28 Disember 2012 | Zon Artis Posted: 21 Nov 2012 02:30 AM PST Sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat atau lebih sinonim dengan gelaran Apek ada menyatakan yang dia dan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tidak menyatakan tarikh tepat sehingga ramai yang tidak sabar untuk mengetahuinya. Namun hari ini segala-galanya terjawab apabila Apek pada sidang media yang diadakan di Hotel Royale Bintang, Petaling jaya kira-kira pukul 1 petang tadi mengumumkan yang dia dan Leuniey akan melangsungkan pernikahan pada 28 Disember depan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Dalam pada itu, Apek turut memaklumkan yang mereka akan melangsungkan tiga majlis resepsi pada tarikh dan tempat yang berbeza. Majlis pertama (sebelah perempuan) akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember. Manakala resepsi kedua (sebelah Apek) pula akan berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013. Majlis resepsi yang ketiga pula akan dilangsungkan di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 13 Januari 2013. Pada majlis resepsi ketiga itu nanti, difahamkan ianya akan dihadiri oleh beberapa teman selebriti antaranya Datuk Siti Nurhaliza dan suami serta Adibah Noor. Kelas! |
| You are subscribed to email updates from Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan