Ahad, 16 Disember 2012

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search


<b>Khairul Fahmi Che Mat</b> & Leuniey Akan Dinikahkan oleh Tuan Guru <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 08:12 PM PST

Hanya tinggal 18 hari saja lagi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha.

Budiey dapat tahu satu berita terbaru melalui Portal Murai, Khairul Fahmi atau Apex, 23, yang akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Wow!… Pasti ramai yang kata Apex dan Leuniey orang PAS, kan?

Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.

"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.

Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.

Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Akan Dinikahkan oleh Tuan Guru Nik Aziz

Foto & Berita kredit: Portal Murai

Komen via Facebook

Komen

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Khairul Fahmi Che Mat

Copyright 2010 All Rights Reserved