Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search |
| Sharifah Zarina Terkejut <b>Khairul Fahmi Che Mat</b> Pandai Berlakon <b>...</b> Posted: 04 Dec 2012 04:05 PM PST
Tak popular seperti penyanyi-penyanyi lain, tapi OHBULAN! percaya anda mesti pernah mendengar lagu berjudul 'Langit Ke Tujuh' dan juga single terbarunya, 'Memandang Awan'. Sharifah Zarina ketika ditemui di majlis pelancaran buku Jalan-Jalan Cari Makan bertempat di Sheraton Imperial Kuala Lumpur memberitahu bahawa video klip rasmi 'Memandang Awan' bakal dilancarkan tak lama lagi. "Video klip 'Memandang Awan' akan dibintangi oleh Sharifah Aleya. Saya pilih dia kerana lagu ini lebih bersesuaian dengannya memandangkan lagu ini juga telah dicipta oleh bekas suaminya dan dia bersetuju untuk membintangi video klip ini," ujar penyanyi kelahiran Sarawak ini. Ingin menyelitkan elemen 'surprise', Sharifah Zarina juga telah memilih penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat untuk menjadi hero didalam video klip rasmi 'Memandang Awan'.
"Dia benar-benar menghayati wataknya didalam video klip ini," tambahnya lagi. Dalam pada itu, Sharifah memberitahu dia kini sedang berusaha mencari lagu baru dan pernah menyuarakan hasratnya ini ke beberapa buah kumpulan muzik tempatan. "Sekarang saya sedang mencari lagu baru, siapa-siapa pun boleh ciptakan untuk saya. Saya dah 'approach' Klangit, Hyper Act dan juga Tam Spider. Sebelum ini juga pernah minta pada Amir Jahari, tapi masing-masing sibuk jadi tak dapatlah nak buat lagi." |
| You are subscribed to email updates from Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan