Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search |
| BERITA ARTIS - <b>Khairul Fahmi Che Mat</b> Sah Gelar Suami Kepada <b>...</b> Posted: 28 Dec 2012 07:09 AM PST Pada pagi yang mulia tepat jam 10 pagi termeterai sudah ikatan pernikahan antara Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan Nur Leuniey Natasha. Dengan hanya sekali lafaz, kedua-dua pasangan sepadan itu sah menjadi suami dan isteri di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib. Rombongan pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran yang juga mas kahwin bernilai RM19,000 berserta 7 dulang yang mengandungi barang-barang seperti kain sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan yang terdiri daripada kain sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja. Persalinan pernikahan Apek dan Leuniey direka sepenuhnya oleh pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail. Selepas upacara pernikahan turut diadakan sidang media buat rakan-rakan media yang hadir ke majlis pernikahan pada pagi tersebut. "Alhamdulillah, syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar," ujar Apek. "Perkahwinan ini juga menandakan tamatnya pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey." Sementara itu, pasangan ini berkongsi belum merancang atau menetapkan masa untuk berbulan madu disebabkan jadual Apek yang begitu ketat dan komitmennya sebagai pemain bolasepak negara. "Berbulan madu mungkin tidak buat masa terdekat ini memandangkan selepas ini saya masih lagi terikat dengan perlawanan tetapi akan merancang selepas semuanya sudah selesai," kata Apek. Bagi Leuniey pula dia tidak kisah memandangkan suaminya mempunyai tugas yang besar buat negara tercinta. "Biarlah dia selesaikan dahulu kariernya. Saya memahami tugasnya. Saya tidak kisah untuk berbulan madu di mana-mana sahaja tetapi bukanlah dalam jangka waktu yang terdekat ini," ujar Leuniey. Tahniah GUA ucapkan buat kedua-dua mempelai pasangan yang diibaratkan sebagai pinang di belah dua, sama padan sama cantik. Diharapkan mereka berdua kekal sehingga ke hujung nyawa. Amin. |
| You are subscribed to email updates from Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan