Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search |
| Gambar Majlis Resepsi <b>Khairul Fahmi Che Mat</b> Dan Leuniey <b>...</b> Posted: 30 Dec 2012 02:12 PM PST Majlis resepsi pertama pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah berlangsung meriah di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Dalam majlis resepsi pertama yang berlangsung malam tadi, pasangan popular ini mengenakan busana songket rekaan eksklusif pereka terkenal Ezuwan Ismail yang ditaja oleh Atikah Songket dengan perhiasan mahkota untuk pengantin perempuan selain pemakaian tanjak dan keris pada pengantin lelaki. Hampir 1,500 tetamu hadir, antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Majlis lebih meriah, apabila kedua mempelai turut disajikan dengan dendangan lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan menjadi tema telemovie Adam dan Hawa, dendangan duet Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz AF yang dipersembahkan penghibur jemputan. Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah mengadakan majlis pernikahan mereka pada 28 Disember 2012 yang lalu. Satu lagi majlis bersanding akan diadakan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan dengan tema ala kampung dan satu lagi majlis resepsi di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur. |
| You are subscribed to email updates from Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan