Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search |
| KOLEKSI Iklan Apek (<b>Khairul Fahmi Che Mat</b>) - Jaszleworks <b>...</b> Posted: 12 Jul 2013 12:01 PM PDT Daripada seorang penjaga gol team pasukan Harimau Malaya, namanya kian melonjak sehingga namanya menjadi sebutan orang ramai. Apek atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Bin Che Mat, 24, berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini kini namanya bukanlah lagi asing dalam industri hiburan tempatan. Setelah mendirikan rumah tangga bersama model jelita, Leuniey Natasha namanya semakin menjadi perhatian ramai. Apek dan Leuniey diijabkabulkan pada 28 Disember 2012 dan kini mereka juga boleh dikatakan di antara pasangan selebriti romantis yang terkenal. Apek juga baru-baru dikhabarkan mendapat tawaran RM 3 Juta untuk menyertai pasukan bola sepak lain. Jika khabar angin ini benar, sekaligus Apek bakal menjadi pemain bola sepak termahal di Malaysia di mana mengatasi Safee Sali yang menerima Rm 2 Juta untuk menyertai Kelab Indonesia, Pelita Jaya FC. Selain menjadi penjaga gol bagi pasukan Harimau Malaya dan Kelantan, Apek juga sering muncul dalam iklan dan menjadi duta bagi produk-produk seperti 100 Plus dan Puma. Di sini kami kongsikan beberapa koleksi iklan yang pernah dibuat oleh Khairul Fahmi. Berharap semua berhibur dan terus menyokong Apek.
About the author: you know who View all posts by you know whoMerupakan seorang vlogger dan blogger di Jaszleworks.com. Kini berhasrat untuk menjadikan ia satu medium untuk menaikkan lagi industri perfileman tanah air. Dreams become reality. |
| You are subscribed to email updates from Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan