Jumaat, 5 Julai 2013

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search


“Saya bahagia dan tidak sesekali akan cucuk” - <b>Khairul Fahmi Che</b> <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2013 05:49 AM PDT

Gempar sebentar apabila Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dikatakan telah membuat suntikan pada wajahnya supaya tampak lebih kacak dan berseri. Tuduhan ini berleluasa apabila ada segelintir individu yang menyatakan perubahan wajah Apex secara mendadak  berbanding sebelumnya.

Menyangkal dakwaan tersebut beliau tampil memberikan kenyataan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan  kerana beliau kini sedang berbahagia dengan isteri tercinta yang telah menambah seri dalam kehidupannya kerana Leuniey adalah seorang yang memahami dirinya sebagai seorang atlet negara.

Tambahnya lagi, penjagaan kesihatan adalah perkara yang penting seiringan dengan kerjayanya sebagai seorang atlet bahkan  penampilan juga memainkan peranan yang penting untuk dirinya.

kfcm

Faktor paras rupa tidak pernah timbul kerana beliau juga berkahwin atas dasar cinta dan saling memahami antara satu sama lain sebagai pengikat kasih  antara mereka.Tidak tahu dari mana datangnya gosip tersebut beliau menegaskan bahawa dia tidak sekali ingin melangkah ke tahap mencucuk muka demi  mendapatkan wajah yang  cantik.

Bila berwajah kacak dan penampilan kita juga bergaya ramai orang di luar sana akan merasa dengki dan cemburu. Akarnya,kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan lah merasa cemburu terhadap orang lain sehingga mendatangkan masalah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Khairul Fahmi Che Mat

Copyright 2010 All Rights Reserved