Sabtu, 17 September 2011

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Khairul Fahmi Che Mat - Google Blog Search


<b>Khairul Fahmi Che Mat</b> aka Apek Putus Tunang | Penjelasan <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 06:11 PM PDT

Khairul Fahmi

Khairul Fahmi Putus Tunang

Khairul Fahmi aka Apek  putus tunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia aka Jejari Runcing? Ades, sejak bila aku dok sibuk jaga tepi kain orang nih..ha3. Aku cuma terbaca muka depan akhbar metro terpampang besar-besar tajuk Khairul Fahmi putus tunang dan hero harimau malaya menafikan ianya bukan angkara orang ketiga.

Seperti yang diketahui, Khairul Fahmi Che Mat aka Apek telah bertunang dengan Elia  pada 17 Mei 2011 dan bercadang melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini. Tapi mungkin tiada jodoh, hubungan terpaksa berakhir ditengah jalan.

Salah siapa dua pasangan ini berpisah? Salah Apek? Salah Elia? Atau salah blogger diluar sana yang buat cerita sebelum ini apek ada kekasih baru? Seelok-eloknya perkara ini disiasat dahulu. Jangan disebabkan sekali nampak terus buat macam-macam spekulasi nanti siapa yang kena?

Beberapa hari lalu aku ada juga ternampak sekali imbas dekat twitter cerita yang rasanya akan kecoh tak lama lagi tentang perhubungan Khairul Fahmi dan Elia yang semakin retak disebabkan desas desus mengatakan Khairul Fahmi bermain kayu tiga. Malas nak ambil port sangat, biarlah dorang selesaikan sendiri. Tak lama lepas tu keluarlah status facebook tunang Khairul Fahmi yang menguatkan lagi desas desus keretakan hubungan mereka :

Khairul Fahmi

Ok, ni aku salin balik kenyataan tunang apek :

Kau jgn nak kurang ajar sgt ek.. lg2 kau krg ajar ngn MAK aku.. ko igt ko tu dh super star sgt ke smpai nk kerek ngn org tua?!! aku dh byk sbr ngn kerenah ko tp jgn uji kesabaran aku!! igt sikit dr mana ko dtg

Dia mmg dh byk brubh. Makin lama makin truk. Kita sbr je xputus2 doa hope dia brubah.tp bila smpai dh tinggi suara ngn mak kita yg cuba nasihatkn dia, tu mmg xleh nk sbr dh.melampau!

Akibat dari bermacam-macam sumber di laman web, gambar khairul fahmi dengan kekasih barunya tersebar luas. Ada yang nampak Khairul Fahmi berpegangan tangan dengan kekasih barulah, itulah, inilah, bla bla bla..

Berikut ialah penjelasan Khairul Fahmi dalam Harian Metro :

"SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ok, sekarang Khairul Fahmi dah pun buat kenyataan dalam akhbar. Nampaknya ada la sikit disalahkan kepada blog-blog yang mengaitkan dia dengan perempuan lain. Kalau benarlah semua itu fitnah, orang yang menjaja cerita pun dapat dosa dengan sibuk sebar cerita-cerita yang tak betul. Itu belum lagi kes nak saman menyaman.

Aku tak sebelahkan mana-mana pihak, tapi apa yang aku tengok sekarang, pengaruh maklumat dari internet dapat meruntuhkan hubungan orang lain. Itu belum lagi tahu cerita tu betul ke tak. Banyak sangat fitnah sana sini. Jangan cepat sangat buat kenyataan kalau tak tahu perkara tu betul atau tidak. Kalau betul pun, biarlah mereka yang selesaikan perkara ini. Yang lain tu hanya menambahkan bebanan dan masalah rumahtangga orang lain je. 

Esok dah nak puasa, doa la banyak-banyak. Buat Khairul Fahmi aka apek dan Elia aka Jejari Runcing, semoga korang buat pilihan yang betul.

Kalau aku jadi Khairul Fahmi aka Apek, terfikir juga takkan nak pegang tangan awek lain kot depan khalayak ramai..

Baca : PENJELASAN AIMIE BERHUBUNG KENYATAAN KHAIRUL FAHMI 

Sumber : HarianMetro

Carian Keyword Google :
khairul fahmi che mat (876)khairul fahmi che mat bertunang (508)khairul fahmi putus tunang (295)khairul fahmi (218)khairul fahmi che mat putus tunang (201)apek putus tunang (190)tunang khairul fahmi che mat (48)khairul fahmi bertunang (39)kekasih baru khairul fahmi (26)blog khairul fahmi che mat (24)khairul fahmi dan kekasih (20)blog tunang khairul fahmi (18)khairul fahmi che mat blog (17)khairul fahmi blog (17)fahmi che mat (16)apek bertunang (15)tunang khairul fahmi (14)penjaga gol malaysia (11)blog khairul fahmi (10)khairul fahmi putus (10)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Khairul Fahmi Che Mat

Copyright 2010 All Rights Reserved